Friday 9 June 2017

Breastfeeding : Tips Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum, hampir separuh dah perjalanan Ramadhan kita kan dan dah nak separuh ni lah baru teruja rasa nak share experience ni dekat mommies yang lain. Hahaha. Ye lah, breastfeed bulan Ramadhan memang memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat. Siapa yang cakap baby tak cukup susu kalau kita puasa? InsyaAllah, doa banyak-banyak, percaya pada ayat-ayat Allah, insyaAllah dengan berkat kita berpuasa semuanya semudah ABC.

Walaupun ni first experience aku berpuasa sambil menyusu dan Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Cuma kena lah ada sikit usaha dan ikhtiar kita. Meh sini aku sharekan macam mana ye hadapi bulan puasa ni dengan tenang dan sabar. (Tapi bila time dah nak berbuka memang rasa letih gila lah jugakkkkk, hahaha. Sebab tu lah ada rukhsah juga untuk ibu yang menyusu haha) :


Dulu masa pregnant selalu amalkan surah Al hujurat sebab tu salah satu surah amalan untuk perbanyakkan susu :D So, kalau nak susu sentiasa okay dan mampu tampung permintaan baby, surah-surah amalan ni insyaAllah boleh tolong kita. Selain tu, sentiasa berzikir Al-Matin iaitu sebanyak 100 kali untuk result yang berkesan! Di samping itu juga, semasa nak start susukan baby ataupun nak start pump susu ke, sentiasa amalkan selawat ke atas nabi dan baca bismillah (of course). 

InsyaAllah dengan berkat usaha insyaAllah, usaha kita berhasil. Semoga dimurahkan rezeki. Amin. 



1. Red dates and dried longan. 
Dulu sebelum jumpa tea infusion ni, rajin lah jugak reneh longan kering dan kurma cina ni. Tapi lepas jumpa je teh ni, terus beli tanpa fikir apa pun. Masa ni beli dekat AEON Big Ampang. Mungkin ada jugak dekat Giant, Tesco ataupun Econsave. Bagi aku ni milkbooster aku. Lain orang lain kan milkbooster dia. So, aku akan minum masa sahur. Selalunya dulu amek milo, substitute kan milo dengan teh ni. Memang insyaAllah, baby ada je susu untuk dia. 

2. Pil kasium : Caltrate. 
Ini memang kalau tak bulan puasa pun aku amek juga. Sebab ni dari masa pregnant dulu aku dah amek sebab nak hilangkan rasa rasa lenguh sendi yang sering terjadi masa tu haha. And ianya juga dapat melega atau mengelakkan terkenanya simpul biawak ketika mengandung. Sakit wouh! Kalau kena simpul biawak malam malam masa mengandung tu maknanya tak cukup calcium lah tuu. (Doktor yang cakap hehhh, kita dengar aje dan usaha)

3. Kurma
Kurma ni memang wajib ada sebab akan bagi energy untuk kita harungi bulan Ramadhan dengan tenang haha. Sebab kurma ni sifat dia manis, Bila manis, dia banyak bagi kita tenaga. So amek ketika sahur dalam 2-3 biji. InsyaAllah :D

4. Pati Delima
Hehe. Ni paling favourite. Dari sebelum pregnant, sampai pregnant sampai sekarang pun still consume lagi. Pati Delima ni lagi banyak advantagenya! Tenaga yang luar biasa, haha. Setiap kali sahur amek 2 sudu pati delima. InsyaAllah kurang rasa penat dan kekal bertenaga sepanjang hari. InsyaAllah. Kadang-kadang habis semua kawan-kawan aku, aku recommend kan. Lagi bagus consume masa pregnant, dapat tingkatkan HB! 

Macam mana pun usaha kita macam mana pun kudrat kita, berbalik pada ayat-ayat Allah juga. Usaha kita, doa kita insyaAllah Allah dengar. Ingat, susu ibu hak anak 100%. Buat yang terbaik. Okay selamat berpuasa untuk hari esok! Niat cepat! hahaha :D


p/s : Siapa nak Set Meyusu Shaklee, ringankan jari whatsapp saya! hihihi. Yang ini lagi power perginyaa :p 017-3088021 


No comments:

Post a Comment