Okay first and foremost, masuk je alam degree memang aku takde masa langsung nak update blog or apa apa je. Ceh cakap macam budak dean's list je. kehkehkeh. No, its me, the one who doesnt know how to manage her time wisely or very well. hahaha. I got so many things to do daripada benda benda macam ni.
Masa kat asasi dulu aku macam rajin jugak update blog apa semua ni sampai kena hentam bagai. But bila jejakkan kaki kat main campus ni ya Allah hai rasa malas tu meluap-luap kat diri ni. Yelah bila aku berada kat tempat baru dengan orang-orang baru dengan environment baru aku rasa macam aku nak enjoy this moment tau. Haa gitewh. Tapi tu lah, menyesal lah jugak enjoy lebih lebih ni hahaha dengan assignment ke mana, kerja ke mana, dean's list pun tak dapek. hahaha.
Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah, baru je lepas sudah Year 2, Sem 2. Lepas ni nak focus dekat finals pulak which starts on 27th. Rasa macam kejap je masa berlalu, lepas habis degree ni apa lah arah tuju hidup aku. Ya Allah hai aku sangatlah teruk, sepatutnya usia macam ni aku dah kena ready dah apa aku nak setelah grad nanti. And and and and and and MINTA MAAF cakap lah, aku cukup rimasssssssssssssssss dengan orang yang tak sudah sudah nak cakap pasal kahwin dengan aku, come on guys, aku ni dah letih dah tau nak dengar hahaha. Okay, I know benda kahwin ni bagus, yelah benda halal kan. Okay korang bagitahu aku korang betul betul ready ke dari sudut financialnya, mentalnya, fiziklanya berkaitan dengan isu kahwin ni? haha. Okay, bagi aku takde masalah lah sebenarnya kalau korang punya boyfriend tu dah kerja tau, sebab kalau diorang nak kahwin dengan kau itu maknanya diorang dah ready lah tu yelah dah stabil agaknya financialnya.
Okay the reason why i put financial as the first thing to think about is zaman sekarang. Sekarang mana mana pun pakai duit, bagi aku kalau kau takde duit, please, jangan cakap pasal kahwin. Ye aku tahu nanti dah kahwin rezeki murah lah rezeki anak lah kan. Bagi aku, how to start? How to start the "rezeki murah" tuuuuu. Haa. Yelah, kalau takde usaha, doa and tawakal sahaja, Allah tak bagi kita apa apa kan? Tu memang janji Allah, kalau kau tak usaha, kau tak kerah tenaga and otak, dan hanya berdoa, what do you expect? Rezeki depan mata dushhhhhhhh jatuh atas sejadah? No no no. Usaha + doa + tawakal = Urusan Allah :)
Bagi aku macam mana keadaan sekalipun, aku nak kumpul duit banyak banyak dulu, kumpul asset. Itu sangat aku k. Aku selalu over tau bab bab preparation ni. -.- Okay, bukan apa, aku nak anak anak aku hidup senang sikit. Haaaaa. Jangan risau, aku akan bincangkan hal ini dengan bakal husband aku nanti. hahaha. Aku nak gak lah besarkan anak-anak aku dalam kehidupan yang serba lengkap. Lengkap k, bukan mewah, jangan harap lah aku nak ajar anak-anak aku hidup mewah. Silap silap umur 12 tahun mintak kereta pulak, haa mana aku nak cekau? Gitewhhh.
Bagi aku, issue kahwin kahwin ketika usia muda ni dah biasa dah. Kat UIA tu berapa ramai kenalan aku kahwin muda, yang famous, yang tak famous, yang biasa, yang luar biasa semua ada. Hahaha. So, Alhamdulillah ramai juga rakan-rakan seperjuangan yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Alhamdulillah ada orang (yang halal) boleh jaga, ada orang (yang halal) boleh tengok-tengokkan kalau sakit ke susah ke, ada orang (yang halal) boleh tolong kalau ada masalah dengan kawan atau pun pelajaran. Heheheh :)
Rasa sebak pulak bila memikirkan ramai kawan-kawan yang rapat nak kahwin ni. Hmm. Bukan sebak aku tak kahwin ke apa, ni sebak sebab lepas ni mesti takde siapa nak teman aku dahhhhhh T.T hahahaha. K titik bye nak nangis. Bye.
p/s : aku rasa post ni lebih kepada pasal kahwin ahahhaha. kbye.