Kadang-kadang kita ni over confident, nak sangat sesuatu tu sebab kita rasa kita hebat boleh handle benda tu. Tapi tak, kita lupa Allah tu yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui.
Nak dijadikan cerita, lepas graduate dulu sebelum kahwin lagi aku dapat offer kerja dekat private school. Walaupun kerja situ sangat lah mencabar dengan English diorang lagi power dari aku, Btw, sekolah tu sekolah katolik. Mula-mula nak masuk situ ya Allah takutnya takleh addapt, takutnya takleh solat (mentaliti Melayu). Sampai je situ, guru besar tu terus cakap "Surau is provided". Terus rasa macam wow Alhamdulillah. And the surau is next to chapel. Haha. Masa kat sini, takde pun aku rasa teruk sangat jadinya seorang Muslim, macam agama lain sangat hormat kita. Ada sekali tu aku puasa, pastu ada sorang cikgu berbangsa Cina "Oh, you ganti puasa ehh? Yelah dah nak puasa ni." Best sangat sekolah kat situ. Tapi jodoh aku dengan sekolah tu tak panjang. Aku berhenti setelah 8 bulan kat situ. Alhamdulillah, pengalaman luar biasa di 'tempat orang.'
Aku cuti agak lama, lama lah sampai nak raya. Masa bulan puasa ni, aku dapat interview dari sekolah Islam. Aku excited sangat sebab aku memang ada letak dalam list yang sekolah ni antara yang PALING aku nak. So, aku pergi interview. The saddest part is macam diorang judgemental sangat. Sedih sangat bila 'orang kita' macam ni. Sebab kan aku pakai bawal, hmm salah aku gak lah sebab jarang sikit. pergi interview sekolah agama pulak hahahaha. Pastu, dia terus nak cakap "Hari-hari kena baca quran ye, solat lima waktu, jangan pakai tudung jarang, bla bla bla". I was like seriouslah wehh nak cakap centu kat aku. Sedih weh. Kalau betul seorang Muslim yang tegas, ada cara dia, Aku masa kat UIA dulu ada lah aku dengar benda ni "Kita kalau nak jadi Dai, nak jadi pendakwah, kita kena tengok dengan siapa yang kita berdakwah, hati dia macam mana, jaga tutur kata, jaga bahasa, supaya apa yang kita nak sampaikan tu betul betul terlekat kat dalam hati dia." Tapi sayang benda tu tak terapply dekat saudari tadi yang bertudung labuh, bertutup litup yang interview aku tu. Tak boleh tengok orang tu macam tu, pastu terus nak judge oh dia tak solat dia tak mengaji. Tapi takpe, aku maafkan. Nak jadikan cerita lagi, aku dapat mengajar situ, tapi hati aku berat sangat sampai aku takleh tidur malam tu and pagi nak pergi sekolah tu pun aku fikir lagi fikir lagi sampai delay 20minutes. Pastu, aku mengajar kat situ SATU hari je. Sebab apa, sebab aku rasa tak sedap lepas kena tepek tu. Huuuu. Tapi takpe. Benda ni betul-betul jadi pengajaran kat aku supaya sentiasa percaya yang :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Allah kalau dah cakap benda tu kau tak boleh dapat ada lah sebab tu, tapi kadang-kadang kita ni insist sangat nak padahal taktahu ada sesuatu kat situ yang kita tak boleh handle. Aku kira ini adalah ujian dari tuhan untuk aku. Tak semetinya apa yang kita nak tu, baik untuk kita. Semoga kita semua sentiada di bawah lindunganNya dan rahmatNya. InsyaAllah.
Huaa. I've experienced the same thing too! Lepas grad mengajar dekat private Islamic school. Bertahan 3 bulan je sebab environment kerja tak berapa best 😑 Bila pindah Penang, dpt pulak private school yang Muslim rate 5% je kot. Tp Alhamdulillah sangat seronok! Orang bangsa/agama lain ni diorang kdg2 more tolerable, more open minded than our rakan sebangsa/seagama. Youre not alone in this matter 😉😉
ReplyDeleteKan, sedih betul kadang-kadang kenapa lah orang-orang kita ni macam ni environment bekerja nya. sedih! hahaha yeayyy, gang!
DeleteSis amik course apa kat uia and dpt mengajr kat sekolah2 private? Bestnyeeee. All the best hunting for kerja again.allah akan bagi apa yg terbaik utk kita walau kita rasa taknak benda tu.at last, we wont regret afterall :)
ReplyDeleteHi, saya amek course English. Sebab tu lah asyik keluar masuk private schools je sebab nak berada dalam education line tu. heee :) kannn! insyaAllah, ada yang baik baik sahaja bakal menanti kita :)
Deletesis amik course apa kat uia yg boleh mengajar sekolah private? Bestnye.. All the best hubting for job again and allah akan bagi apa yang terbaik walaupun hati kita tak suka.afterall we wont regret.hihi ;)
ReplyDelete