Wednesday 12 June 2013

Interviewed by IIUM.FM

Nak cerita benda ni dah lama sebenarnya tapi takde masa yang sangat sesuai untuk update blog kan. So, sementara berpeluang nak cerita ni, aku cerita je lah hehehe.

Pagi tu kelas Research Methodology cancel and I was like "YEAY, HEAVEN" sebab petang tu aku banyak sangat benda nak kena prepare actually, takdelah banyak just a presentation, presentation untuk class American Literature and aku ye ye semua orang dalam class tu nampak and sedar aku tidak menyukai kelas tersebut. Bangun je dari tidur terus prepare for the presentation apa semua. Tiba-tiba ada orang whatsapp

Syuk : Kau busy tak petang ni?
Me : Hmm aku ada presentation lahh. I got class till 5. Kenapa?
Syuk : Ohyeke, aku nak invite kau jadi guest dekat IIUM.FM
Me : Serious lahhhhhhh weh.
Syuk : Aahlah. So, presentation what time?
Me : Hmm kelas tu pukul 320 habis lah.
Syuk : Lepas tu?
Me : Aku ada kelas Political Science, tapi kalau nak skip boleh je. (HAHAHAA)
Syuk : Hahaha. Okay okay, aku invite kau dengan Kak Neen tau.
Me : Yekeeeeeee. Okay okay. Weh jap. In English?
Syuk : Yupp
Me : Wehh, aku mana fluent doo English
Syuk : Tipuuu budan BENL tak fluent. Hahaha
Me : Hmm hmm okay okay.
Syuk : So 330 aku tunggu dekat HS Cafe.
Me : Okay. Hehehe

Oh BTW, Syuk ni DJ IIUM.FM, classmate lama aku kat CFS dulu. And I asked him, what's the topic that we're gonna talk about. He said 'blogger'. T.T

OMG, masa tu aku mana ada blog dah. Aku dah delete kot semua benda and aku siap private kan lagi. So, aku tak tahu lah apa aku nak cakap nanti. hahaha. Nasib baiklah ada point yang sedikit sebanyak di bantu oleh Kak Neen. Oh ye btw, supposedly MiliMilo yang di interview tapi disebabkan she was busy at that time so Syuk asked me to replace MiliMilo.

But yeah. Its still, aku rasa happy bila dapat peluang macam ni, aku mana lah famous kan sampai blog aku ni nak diketengahkan. Hehehe. Yelah sebab blog aku banyak pasal personal life je. Ya Allah rasa malu pun ada jugak dengan Kak Neen sebab dia punya blog banyak beneficial stuffs yanng kita boleh perolehi kan. Hehehe. But thank to Kak Neen jugak sebab banyak jugak lah dia tolong apa yang aku nak cakap nak jawab masa on air tu. Nasib baik dah kenal lama dengan Kak Neen. So, takdelah rasa kekok sangat kan Kak Neen :P

Alhamdulillah everything went very well. This is one of the sweetest memories that I got from IIUM. At least. :) Thanks guys. Thanks Kak Neen, Syuk and Sara. Thanks Allah :)




Friday 24 May 2013

Goodbye Scars!

Hello guys. Assalamualaikummmmmmmmmmmm :) Happy Wesak btw :)

Haaa kadang-kadang kesian tengok kawan-kawan yang muka banyak scar jerawat atau pun scar chicken pox just like mine -.- I have it on my forehead, damn its IBU k. Tahu tak ibu chicken pox tu apa? Ibu chicken pox tu, chicken pox yang first first sekali tumbuh. At first, serious aku memang tak tahu tu chicken pox ingatkan gatal gatal biasa je, aku pun garu garu lah sampai berlubang. hehss. Nanti korang nampak lah dekat gambar-gambar bawah ni. Tapi for that type of scar takkan hilang sebab dia memang scar kekal macam kau kena inject BCG tuu. Haa. Ish, sedihnya. T.T tapi takpe, pemanis muka katanya. hahahaha.

Meh lah sini, aku sharekan kat korang macam mana nak hilangkan parut-parut dekat muka :)



Aku memang pakai Vitamin E Body Shop dari zaman aku CFS lagi tau, sebab kulit muka aku kering and serious jerawat memang takde langsung k. Tapi tapi tapi the bad thing is muka aku akan nampak dull gila. Macam kusam je. Haa gitu. Masa aku consume Vitamin E ni, muka memang dull and I dont know why, tapi serious muka sangatlah lembut lembap and takde jerawat langsung berani naik. Lama jugak aku pakai Vitamin E ni. Sampai ada satu masa aku stop sebab muka dah okay kan. So, aku pakai facial foam lain serious aku lupa apa. Hahaha. Tapi masa tu, perghhh jerawat aku naik balik kau tahu takkkkk. Oh yes aku ingat dah, aku pakai garnier yang lemon tu. Muka aku sangat tak sesuai dengan Garnier tuuu. Mula-mula aku fikir jerawat naik sebab aku tukar pencuci muka tau. Sebenarnya, kalau kita pakai whitening kan memang jerawat akan naik sebab dia ada buih tau, buih tu akan hakis kulit kita katanya. So, apa lagi berdezup-dezup aaaaaaaaaaaa jerawat naikk weh T.T


 SEEEEEE, nampak kannn? T.T Masa ni jerawat memang dah teruk. Lepas tu aku kena pakai facial paint untuk play for Drama class aku. Lagi lah tak tentu arah dia naik. Teruk sangat. Serious, as a girl kau akan rasa macam ya Allah weh apehal muka aku weh. And serious rasa segan gila kalau jumpa orang ke apa ke. Rasa macam tak confident langsung nak jumpa orang. Yelah before this muka memang okay kan. Tiba-tiba jadi macam ni, rasa lain lahh.

It is recommended by Watie. Hehehehe. Dia suruh aku try Dalacin T ni. Ia boleh didapati di farmasi farmasi berhampiran ye. Harga dia not bad. Dah RM41/ RM42. Dap kan je dekat jerawat-jerawat. Sangat bagus! Serious. Walaupun dah stop pakai, jerawat takkan tumbuh lagi :) 


Pakai itu pakai ini semua sensitive, aku try pakai Elianto pula. Ini pun serious sangat bagus untuk kulit kering macam aku ni, jerawat pun taknak tumbuh. Bila muka kering sangat, jerawat pun senang naik tau sebenarnya. So, cuba try guna ini :) Aku guna facial foam ni sampai sekarang. Murah pun murah ! :)
Sangat affordable untuk student macam kita ni hehehee 


Untuk scrub, aku still guna Vitamin E Body shop. :) Hanya scrub ini sahaja yang tak naikkan jerawat untuk kulit muka macam aku. Aku pernah pakai St. Ives tau. Sangat sangat sangat besar besar jerawat yang naik. T.T Nasib baik jumpa Vitamin E ni, and try and okay sampai sekarang! :D


Untuk pelembap muka, aku memilih untuk menggunakan Garnier. Haa yang ni okay, takde masalah setakat ni. Muka nampak glowing. Tak nampak dull. :D




Untuk compact powder, aku lebih selesa menggunakan Garnier and Shisho Body Shop. 
Garnier tu aku pakai untuk ke kelas, disebabkan kulit muka jenis dry skin, aku tak boleh nak pakai bedak baby. Sebab texture dia tak sama nanti kulit muka rosak lagi teruk.
And kalau untuk keluar jalan jalan ke dating ke hahahaha aku guna Shisho tu, muka berpeluh pun tak nampak berpeluh, biasanya aku akan basahkan span dia before apply ke muka. Try lahh! hehehe :D

So, jadilah macam ni! 


Biasalah tu camwhore ennnnnnnnnnnnn, itulah kat dahi tu chicken pox tu. hahaha. K. Haa nampak tak kulit muka jadi halus ! Itu lah rahsia sayaaa. Cehhh. hehehe.