Tuesday 6 December 2016

#GdasPregnancyJourney : Antenatal Class

Assalamualaikum..

First time tulis kat blog pasal pregnancy journey. Actually banyak sangat benda yang saya nak share sepanjang journey ni. Semuanya indah-indah. Oh ye, sebelum nak bercerita lebih lanjut pasal Kelas Antenatal ni, saya ada sikit pesanan buat rakan-rakan yang sedang pregnant, tak kisah lah dah lama ke, dah nak due ke, baru lekat ke, apa ke. Ini sangat penting untuk kita-kita. Tak kisah lah dah nak masuk anak ketiga ke kelapanbelas sekalipun! 

Sentiasalah bersikap positif, abaikan segala negativity yang awak nampak/rasa/alami/dengar. Sebab ianya sangat sangat sangat sangat tidak baik untuk baby dalam perut kita ni. Yelah, nanti kesian kat anak, hari-hari nak dengar kita mengeluh lah apa lah. Nak-nak kalau ada kena mengena dengan dia. Contohnya "Penatlah asyik muntah je," (due to the morning sickness yang some of us alami). "Penatlah kerja bawak perut berat-berat ni." Kecik gila hati anak tu, yelah cuba Mak kita cakap benda yang macam kita susahkan dia, korang kecik hati tak? Kecik ennnnn. hahahaha. 

Okay itu je lah pesanannya. Sebab saya tengok ramai sangat dok cakap macam tu, sedih pula hati ni bila baca macam tu. Kesian kat baby dalam perut. Mesti rasa guilty. Nanti kalau kita stress, dia lagi lah stress. T.T

Okay, Ahad lepas ingat nak balik Melaka tapi tak jadi, lupa pulak ada Kelas Antenatal dekat Hospital Pusrawi.  Kelas yang sangat bagus untuk yang first time nak jadi mak ni. Mula-mula masa aku planning nak pergi antenatal class ada je yang macam "Alah takyah nanti kau pandai sendiri," hahaha. Babes, itu ye untuk korang yang boleh belajar dengan cepat or ada pengalaman jaga anak orang ke anak kakak ke anak makcik ke adik korang ke hahaha. I have like ZERO knowledge kot pasal benda ni, so Alhamdulillah lepas google situ sana sini, terjumpa Antenatal Class by Hospital Pusrawi ni.

Barisan speaker yang banyak sangat bagi ilmu dan ceritakan pengalaman sedikit sebanyak dapat membantu aku dan suami. At least, dia bukak mata para suami ni tau, ingat senang ke nak beranak ni. Hahahaha. Kelas Antenatal ni dia cover banyak topik-topik penting;

  1. Anak Permata Hati (lebih kepada kerohanian (agama Islam)).
  2. Kepentingan Penjagaan Antenatal dan Proses Kelahiran.
  3. Penyimpanan Darah Tali Pusat.
  4. Penyusuan Susu Ibu.
  5. Imunisasi Bayi dan Kanak-Kanak.
  6. Demo untuk Mandian Bayi, Urutan Bayi, Cuci Tali Pusat
  7. Pemakanan Sihat untuk Ibu Mengandung dan Ibu Dalam Pantang
  8. Senaman Sebelum dan Selepas Bersalin.

Lepas je dah settle semua talk and demo ni semua, kitorang dibawa pusing-pusing buat lawatan di wad-wad bersalin dan wad-wad postnatal (kat sini dah rasa dah makin hampir rasanya hahaha).


Jangan risau, bukan takat speaker je bagus-bagus. Facilities dia pun quiet bagus sebab tempat solat untuk ibu mengandung ni dekat je dengan kelas tu walaupun actually Surau dia kat level lain. So, banyak mempermudahkan urusan kami yang sarat barat. Hahaha. Kelas pun sangat selesa dan sejuk (jangan tidur sudahh :P) haha.

Bagi saya, saya sangat-sangat recommend untuk para ibu muda yang nak tahu lebih lanjut tentang pregnancy and labor, marilah sertai mana-mana kelas antenatal, tak kisah lah kat mana pun pilihan korang, sebab banyak sangat ilmu yang kita perolehi bukan sahaja atas dunia semata-mata, malah ukhrawi.

Kalau siapa nak pergi Kelas Antenatal Hospital Pusrawi, boleh tengok sesi untuk 2017 nanti. Sebab saya pergi hari tu pun dah siri terakhir untuk tahun 2016 (4/12/2016). Boleh log on website www.pusrawi.com.my untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kelas Antenatal tahun hadapan. hehe. Tak mahal pun, sangat reasonable and affordable RM150 untuk suami dan isteri.

Bukan sahaja makan pagi, tengahari dan minum petang disediakan, ni pun kitorang dapat sepanjang kelas tu. Dapat banyak sample diapers, shampoo and sabun untuk baby. Bantal baby pun dapat! Hahaha.

Okay ini je yang saya dapat reviewkan, Akan datang banyak lagi benda saya nak cerita sebelum saya masuk labor room nanti. Hahaha. Bye!

1 comment: