Friday, 27 December 2013

Curiosity Vs Caring

Assalamualaikum

Kita ni kena tahu beza mana satu curiosity and mana satu caring. Biasaya caring ni datang dari pihak keluarga dan rakan-rakan rapat yang selalu amek tahu hal kita luar dan dalam. Manakala, curiosity pula adalah datang dari pihak di mana tak rapat pun dengan kita tetapi tiba-tiba jadi rapat sebab nak tahu hal kita, tiba-tiba dah pandai whatsapp kita tiba-tiba dah pandai ajak lepak dengan kita., Ini adalah golongan busybody. Fullstop! Hehehehe.

Dah terang lagi tersuluh, kita bukanlah saudara, adik beradik mahupun rakan sebantal. Hihihi. Kalau saya rasa saya tak sesuai untuk memanjangkan perbualan saya, saya rasa awak dah boleh tahu apa yang ingin saya sampaikan. Saya tak kongsi hal personal saya dengan orang yang saya tak percaya apatah lagi dengan orang yang saya baru kenal. Bukan apa, saya bukan tak suka, cumanya rasa tak selesa kerana golongan ini rata-ratanya tidaklah secaring yang disangka, biasanya mahukan cerita sahaja. Dan dikhuatiri cerita-cerita yang didengar tadi bakal dihebahkan.

Golongan busybody ini pula kadang-kadang buat-buat tanya. Hehehe dia ingat saya ni bodoh ke tak tahu yang dia nak korek rahsia saya, saya terus diam ataupun ubah topik ataupun siapa yang bertuah tu dapat lah ayat ni "Wehh, tak boleh lah nak bagitahu, it's too personal" Hahahaha. Macam mana pun, apa pun keadaan, saya haruslah jaga nama baik saya, abah mak saya, family saya dan keturunan saya kelak agar cerita yang saya disampaikan kelak takkan memalukan semua pihak. It's not that easy to jaga hati semua orang, nak nak kau rapat dengan ramai orang.

So, semua kena tahu siapa yang layak kita label caring and curiosity. Saya tahu kepada siapa yang layak nak dengar cerita hidup saya. Saya tahu siapa yang saya rasa pandai jaga and simpan rahsia saya. Saya dah serik. Maaf.